Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Friday, 18 May 2012

CANTIK CIPTAAN ALLAH


BATU SEPERTI ORANG SUJUD



TULISAN ALLAH PADA KULIT KUDA


















Friday, 27 April 2012

NAMPAK SIMPLE TAPI HEBAT

Tak semua orang boleh terfikir nak ambil gambar dengan kreatif dan tak semua orang tahu.


Bagi yang tahu...tahniah


Banyak gambar-gambar yang menarik untuk dikongsi...


nanti boleh la ambil gambar jugakkk...





gambar perspektif berbeza






















WAH!!!!

Aku baru tahu yang sudu plastik yang kat cafe tu boley buat lampu....

Ni aku nak tunjuk macam mane buat lampu gune sudu plastik dengan botol..

lampu kreatif

Korang kena sedia botol,sudu plastik,gam,pisau....dan macam-macam lagi .





Pastu,potong sudu tu,,,macam kat atas tu




Buang bahagian bawah botol...





                     

tgk..da siap..tinggal masukkan mentol...kurang sikit pencemaran..he3




KREATIF LAGI!!

kali ni seni lagi..aku pun tak tahu kenapa aku teruja sangat dengan orang berseni ni...he3..

ni mengenai seni kertas pulak...

yang aku hairan dari mana dorang dapat idea ek??

senikertas2 Gambar Menarik  Seni Kreatif Dari Kertas Di Gunting Dan Di Lipat


senikertas1 Gambar Menarik  Seni Kreatif Dari Kertas Di Gunting Dan Di Lipat


senikertas4 Gambar Menarik  Seni Kreatif Dari Kertas Di Gunting Dan Di Lipat


senikertas3 Gambar Menarik  Seni Kreatif Dari Kertas Di Gunting Dan Di Lipat


senikertas6 Gambar Menarik  Seni Kreatif Dari Kertas Di Gunting Dan Di Lipat


senikertas5 Gambar Menarik  Seni Kreatif Dari Kertas Di Gunting Dan Di Lipat

a108 p5 Gambar Menarik   Seni Menarik Dari Kertas Putih


a108 p7 Gambar Menarik   Seni Menarik Dari Kertas Putih

Thursday, 29 March 2012

Barisan manusia di akhirat

Muadz bin jabbar ra telah bertanya pada Rasulullah SAW.."Wahai Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba':18)


Rasulullah menangis dan menjawab "Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepada aku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."


BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Monday, 26 March 2012

jom uji minda!!

hobi aku lau ada masa lapang memang aku akan main game kat handphone atau aku akan online pastu search "PERMAINAN UJI MINDA"

naku nak korang teka ek...he3

1)benda ni bergerak ke x??



2) gambar apakah itu??
3)ada berapa ekor rusa??
4) tua ke muda??
5)cuba tengok gambar ni lama2 pastu tengok kat dinding..apa jadi?
6)gambar??

Sunday, 18 March 2012

MAKANAN OTAK

otak ni banyak kegunaan..kita lebih la lagi..pelajar...lagi la banyak guna otak...jadi,kita kenalah jaga otak kita...
banyak makanan yang ada kat muka bumi ni yang boleh buat otak kita cergas....

1) omega 3 dan 6 dapat meningkatkan pertumbuhan sel otak...
2) pisang untuk mengimbangi fungsi otak



3) pegaga dapat menguatkan daya ingatan kita


4) buah delima,anggur kurma untuk mempercepatkan perkembangan otak
5) kopi sebab kopi ade amino asid yang dapat menguatkan daya ingatan....cukup kalau sekadar minum secawan sehari..








RANKING UNIVERSITI DI MALAYSIA

15 marc 2012...keputusan ranking universiti terbaik di malaysia telah keluar lagi...hahaa

teka teka UKM nombor ke berapa??

berdebar....dup.....dap....dup...dap...hahaaa..


okie..ni dia rankingnya...

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia

  1. 428 Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. 437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3. 464 Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. 523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
  5. 596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
  6. 626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
UKM da jatuh ..ari 2 x silap aku nombor 3..ni nombor 4 pulak...ni kita la warga ukm yang da jatuhkan ranking ni..takpe..takpe..kita akan berusaha semester ni..UKM pasti BERJAYA........


rugby oooo..rugby

huuuu....dasyat..dasyat...semalam pergi tengok rugby..fuhhh !!antara GMI dan Kajang FC..memang dasyat.siap tumbuk -tumbuk,sepak,gigit dan lain...sekali tengok macam gaduh la pulak..adalah sorang budak Gmi siap pengsan lagi atas padang sepak kena sepak..

aku siap jerit-jerit lagi ..takut.....lau aku la memang tak main kot rugby ni...untuk wat sakit badan adalah..tapi dulu zaman sekolah.cikgu aku selalu pesan..lau nak uji diri kita ni penyabar atau tak ,...cubalah main rugby..hahaaa....aku rasa la kenapa cikgu aku cakap macam tu sebab lau masa main ada orang tumbuk ke sepak ke....tengok kita lawan balik tak..lau kita lawan tu maksudnya kita tak sabar la tu....pada pandangan aku la...he3...