Friday 18 May 2012

microsoft access~~~~

Microsoft Access adalah perisian komputer yang diklasifikasikan sebagai "perisian pangkalan data" ("database"). Aplikasi pangkalan data digunakan oleh pengguna yang mahu mengumpul dan menjejaki maklumat. Contohnya, senarai telefon, senarai tetamu, rekod jualan atau apa sahaja maklumat berguna yang lain.

Perisian Microsoft Access sudah lama berada di dalam pasaran. Antara versi yang terbaru adalah Microsoft Access 2010. Versi ini boleh digunakan bersendirian (standalone) atau melalui jaringan komputer (computer networks).


Untuk apa MS Access ini?
Anda boleh gunakan program ini untuk membina database. Hoho. Database tu apa pula? Database adalah koleksi data yang tersusun.
Ok, katakan anda menjual pakaian wanita. Pakaian yang anda jual pula berbagai saiz, warna dan jenama. Harga juga akan berbeza2 untuk setiap helai. Ringkasnya, setiap helai pakaian, akan ada data tentang saiz, warna, jenama dan harga. Kemudian, semua data untuk setiap helai direkodkan dan disusun secara teratur. Ini lah makna asas database.
Guna Excel pun boleh…
Hmm, kalau begini, guna MS Excel pun boleh (biasa pun buat tu). Jadi, apa kelebihan MS Access berbanding MS Excel? Sebenarnya, konsep kedua2 program ini berbeza. MS Access adalah database, manakala MS Excel adalah spreadsheet. Spreadsheet selalunya digunakan untuk membuat pengiraan, kerana itulah banyak formula matematik dalam MS Excel yang kita boleh guna.
Table dan relationship asas MS Access..
MS Access pula yang berkonsepkan database, asasnya pada table dan relationship. Berbalik pada contoh di atas tadi, jika anda menjual pakaian wanita, akan ada sekurang2nya 2 table iaitu pakaian dan jualan. Table pakaian tadi pula akan ada field seperti nama pakaianwarnajenamaharga dan lain2 berkenaan pakaian tadi. Table jualan pula akan ada field seperti tarikh jualtarikh belinama pembeli dan lain2 lagi yang berkaitan dengan jualan pakaian anda. (Anda tentukan sendiri table dan field anda sebenarnya 
Relationship pula, apa hubungan antara table2 yang telah dibuat tadi, iaitu jualan dan pakaian, bergantung kepada jenis relationship. Ada 3 jenis relationship iaitu 1:1 (1 ke 1) , 1: M (1 ke banyak) atau M:1 (banyak ke 1). Katakan setiap jualan hanya boleh jual satu pakaian sahaja (saya tahu ini kurang logik , relationship yang ditentukan antara kedua2 table, adalah 1:1. Lebih kurang begitu analoginya.
Itu je fungsi MS Access?
Aha, bukan setakat ini saja fungsi MS Access. Kepentingan data ni, bukan setakat menyimpan dan menyusun data, tapi kebolehan untuk extract kembali data pada masa depan. Dengan MS Access, anda boleh melihat berapa pakaian yang telah terjual, masih di dalam stok dan lain2 lagi. Siap boleh buat invois lagi (ini pun saya baru perasan 
Bagaimana? Menarik bukan MS Access ni? 

No comments:

Post a Comment