Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Friday, 18 May 2012

microsoft access~~~~

Microsoft Access adalah perisian komputer yang diklasifikasikan sebagai "perisian pangkalan data" ("database"). Aplikasi pangkalan data digunakan oleh pengguna yang mahu mengumpul dan menjejaki maklumat. Contohnya, senarai telefon, senarai tetamu, rekod jualan atau apa sahaja maklumat berguna yang lain.

Perisian Microsoft Access sudah lama berada di dalam pasaran. Antara versi yang terbaru adalah Microsoft Access 2010. Versi ini boleh digunakan bersendirian (standalone) atau melalui jaringan komputer (computer networks).


Untuk apa MS Access ini?
Anda boleh gunakan program ini untuk membina database. Hoho. Database tu apa pula? Database adalah koleksi data yang tersusun.
Ok, katakan anda menjual pakaian wanita. Pakaian yang anda jual pula berbagai saiz, warna dan jenama. Harga juga akan berbeza2 untuk setiap helai. Ringkasnya, setiap helai pakaian, akan ada data tentang saiz, warna, jenama dan harga. Kemudian, semua data untuk setiap helai direkodkan dan disusun secara teratur. Ini lah makna asas database.
Guna Excel pun boleh…
Hmm, kalau begini, guna MS Excel pun boleh (biasa pun buat tu). Jadi, apa kelebihan MS Access berbanding MS Excel? Sebenarnya, konsep kedua2 program ini berbeza. MS Access adalah database, manakala MS Excel adalah spreadsheet. Spreadsheet selalunya digunakan untuk membuat pengiraan, kerana itulah banyak formula matematik dalam MS Excel yang kita boleh guna.
Table dan relationship asas MS Access..
MS Access pula yang berkonsepkan database, asasnya pada table dan relationship. Berbalik pada contoh di atas tadi, jika anda menjual pakaian wanita, akan ada sekurang2nya 2 table iaitu pakaian dan jualan. Table pakaian tadi pula akan ada field seperti nama pakaian, warna, jenama, harga dan lain2 berkenaan pakaian tadi. Table jualan pula akan ada field seperti tarikh jual, tarikh beli, nama pembeli dan lain2 lagi yang berkaitan dengan jualan pakaian anda. (Anda tentukan sendiri table dan field anda sebenarnya 
Relationship pula, apa hubungan antara table2 yang telah dibuat tadi, iaitu jualan dan pakaian, bergantung kepada jenis relationship. Ada 3 jenis relationship iaitu 1:1 (1 ke 1) , 1: M (1 ke banyak) atau M:1 (banyak ke 1). Katakan setiap jualan hanya boleh jual satu pakaian sahaja (saya tahu ini kurang logik , relationship yang ditentukan antara kedua2 table, adalah 1:1. Lebih kurang begitu analoginya.
Itu je fungsi MS Access?
Aha, bukan setakat ini saja fungsi MS Access. Kepentingan data ni, bukan setakat menyimpan dan menyusun data, tapi kebolehan untuk extract kembali data pada masa depan. Dengan MS Access, anda boleh melihat berapa pakaian yang telah terjual, masih di dalam stok dan lain2 lagi. Siap boleh buat invois lagi (ini pun saya baru perasan 
Bagaimana? Menarik bukan MS Access ni? 

virus!!! TIDAK!

VIRUS MERUPAKAN  SATU ATUR CARA YANG BERPARASIT..PARASIT TU BENDA YANG TAK ELOK LA KAN???YANG BAHAYA....

Jenis-Jenis Virus
BOOT SECTOR - Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.


PARTITION TABLE - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.



FILE VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).



MULTIPARTITE VIRUS - Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan



MACRO VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.



TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.



WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.







Friday, 27 April 2012

MONITOR...menarik ke??

APA MONITOR??

monitor dalam bahasa mudah objek yang memaparkan gambar yang dihasilkan oleh sistem komputer

Antara jenis monitor adalah:_____

                                 

                                                             LCD(LIQUID CRYSTAL DISPLAY)

                                                       
                                                               

                                               CRT(CATHODE RAY TUBE)


Kedua-dua ni ada kelebihan dan kelemahan sendiri..LCD lebih nipis,ringan,jimat tenaga elektrik...dan macam2 lagi la

Thursday, 26 April 2012

KENAPA TARIKH LAPTOP ASYIK SALAH NI......

Tarikh kat laptop asyik tak betul je..kanapa???susah betul kalau kurang pengetahuan IT ni....he3


Jadi,seperti biasa aku akan mencari maklumat di internet ..


Akhir nya barulah aku tahu..


Ini adalah disebabkan masalah dengan bateri laptop aku.


jadi,konklusinya aku perlu tukar bateri lain.


sebab itulah masa guna laptop kalau kalau kita guna charger tak perlu guna bateri sebab bila kita guna bateri akan berlaku short circuit.jadi,bateri kita akan mudah rosak.




Aduhhhhh......habis la duit aku bulan ni..









Saturday, 7 April 2012

DUNIA IT YANG MENARIK

Semua orang tahu dengan it semua benda kita boleh buat hanya dengan menggunakan jari...nak tahu tak apa yang menarik....antara perkara yang menarik dalam dunia it adalah:-

1)Teknologi yang terkandung dalam game boy pada tahun 2000 melebihi jumlah teknologi yang membawa manusia ke bulan pada tahun 1969


2)12 orang jurutera yang mereka cipta IBM menggunakan kod nama "The Dirty Dozen"


3)Rumah Bill Gates direka menggunakan Macintosh


4)Radio mengambil masa 38 tahun,TV mengambil masa 13 tahun tetapi world wide web hanya mengambil masa 4 tahun untuk mencapai 50 juta pengguna

5)Pada 2012,dijangka lebih 17 billion peralatan disambung dengan internet.

Monday, 5 March 2012

MARI BERKOMPUTER....

Banyak yang aku taw lepas belajar kelas aplikasi komputer ni...aku ni buta komputer sikit........tak tahu lah kenapa otak aku susah sikit terima komputer...tapi walaubagaimanapun...kelas komputer ni memang best sangat-sangat...ni antara ape yang telah aku belajar...


1)      FORMAT INSERT PICTURE I
2)      NSERT TEXT BOX
3)      DROP CAPS
4)      COLUMNS
5)      WORD ARTS
6)      INSERT OBJECT
7)      TEXT WARPING WATERMARKS
8)      WASHOUT
9)      COLOUR BACKGROUND
10)  WATERMARKS
11)  REPORT WRITING
12)  MAIL MERGE

Hasilnye....walau tak cantik...tapi ok la untuk dipandang..he3.....