Thursday 29 March 2012

Barisan manusia di akhirat

Muadz bin jabbar ra telah bertanya pada Rasulullah SAW.."Wahai Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba':18)


Rasulullah menangis dan menjawab "Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepada aku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."


BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

word assignment

excel assignment

Monday 26 March 2012

jom uji minda!!

hobi aku lau ada masa lapang memang aku akan main game kat handphone atau aku akan online pastu search "PERMAINAN UJI MINDA"

naku nak korang teka ek...he3

1)benda ni bergerak ke x??



2) gambar apakah itu??
3)ada berapa ekor rusa??
4) tua ke muda??
5)cuba tengok gambar ni lama2 pastu tengok kat dinding..apa jadi?
6)gambar??

binatang kesayangan~~

Mesti korang semua ada binatang kesayangan kan??kenapa aku tak de ek??

ermmmmm....sebabnya aku ni jenis tak suka binatang ...aku memang anti giler la dengan binatang..semua aku geli..aku pon x taw kenapa aku geli..lebih -lebih lagi binatang berbulu...

contohnya.......
kucing..aku sebenarnya suka tengok kucing ni..maklumlah ..kucing kan comel,cute..tapi bila aku try nak sentuh..tiba-tiba jew mulut aku rase macam nak menjerit..he3...memang tak boleh dekat langsung la aku dengan kucing ni....

jangan kata kucing,semut,monyet ,arnab..ermmm memang boleh pensang la aku...

besdayy!!

untung jugak ek jadi besday girl ni..he3..dapat banyak hadiah...terima kasih la banyak-banyak pada kawan2 mak...sape2 je la yang bagi adiah..he3
handbag biru daripada emak tersayang....

rantai mutiara ..adiah dari ayah..memang dah lama impikan....

jam tangan dari adik -adik ku...xtaw dari mana diorang dapat  duit...pelik campur hairan...!!

bantal yang cute dari kawan saya ainul....

bantal jugak daripada roomateku..hahaa  nadia yamin


dan....teddy bear daripada nadia rosman...kawan aku jugak....


dan tak lupa jugak pada badrul azam yang sanggup masak untuk buat besday party....dan kawan2 yang lain yang datang memeriah kan party itu...


Sunday 18 March 2012

MAKANAN OTAK

otak ni banyak kegunaan..kita lebih la lagi..pelajar...lagi la banyak guna otak...jadi,kita kenalah jaga otak kita...
banyak makanan yang ada kat muka bumi ni yang boleh buat otak kita cergas....

1) omega 3 dan 6 dapat meningkatkan pertumbuhan sel otak...
2) pisang untuk mengimbangi fungsi otak



3) pegaga dapat menguatkan daya ingatan kita


4) buah delima,anggur kurma untuk mempercepatkan perkembangan otak
5) kopi sebab kopi ade amino asid yang dapat menguatkan daya ingatan....cukup kalau sekadar minum secawan sehari..








RANKING UNIVERSITI DI MALAYSIA

15 marc 2012...keputusan ranking universiti terbaik di malaysia telah keluar lagi...hahaa

teka teka UKM nombor ke berapa??

berdebar....dup.....dap....dup...dap...hahaaa..


okie..ni dia rankingnya...

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia

  1. 428 Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. 437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3. 464 Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. 523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
  5. 596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
  6. 626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
UKM da jatuh ..ari 2 x silap aku nombor 3..ni nombor 4 pulak...ni kita la warga ukm yang da jatuhkan ranking ni..takpe..takpe..kita akan berusaha semester ni..UKM pasti BERJAYA........


rindu nasi kerabu...

ermmm...tiba tiba je hari ni teringin nak makan nasik kerabu..lame da x makan...
makin kuat la pulak perut ni bunyi....krukk...krakkk..krook....

aku ni lau pergi kat downtown kat jalan reko tu...perkara yang wajib aku beli mesti nasi kerabu...

hah.....tu la...dulu berlagak seyh....!!x makan nasik kerabu..lau mak buat ...aku la orang yang akan buat muka...


bila sekali dah cuba..pergghhh!!aku la orang yang boleh habiskan satu peiuk nasik kerabu....hahaaa









rugby oooo..rugby

huuuu....dasyat..dasyat...semalam pergi tengok rugby..fuhhh !!antara GMI dan Kajang FC..memang dasyat.siap tumbuk -tumbuk,sepak,gigit dan lain...sekali tengok macam gaduh la pulak..adalah sorang budak Gmi siap pengsan lagi atas padang sepak kena sepak..

aku siap jerit-jerit lagi ..takut.....lau aku la memang tak main kot rugby ni...untuk wat sakit badan adalah..tapi dulu zaman sekolah.cikgu aku selalu pesan..lau nak uji diri kita ni penyabar atau tak ,...cubalah main rugby..hahaaa....aku rasa la kenapa cikgu aku cakap macam tu sebab lau masa main ada orang tumbuk ke sepak ke....tengok kita lawan balik tak..lau kita lawan tu maksudnya kita tak sabar la tu....pada pandangan aku la...he3...

Tuesday 13 March 2012

assignment

https://docs.google.com/open?id=0B9GNGEZNnMZqVFR2MERQNm1SUUs5VmlTSVdiYUhEUQ

Monday 5 March 2012

MARI BERKOMPUTER....

Banyak yang aku taw lepas belajar kelas aplikasi komputer ni...aku ni buta komputer sikit........tak tahu lah kenapa otak aku susah sikit terima komputer...tapi walaubagaimanapun...kelas komputer ni memang best sangat-sangat...ni antara ape yang telah aku belajar...


1)      FORMAT INSERT PICTURE I
2)      NSERT TEXT BOX
3)      DROP CAPS
4)      COLUMNS
5)      WORD ARTS
6)      INSERT OBJECT
7)      TEXT WARPING WATERMARKS
8)      WASHOUT
9)      COLOUR BACKGROUND
10)  WATERMARKS
11)  REPORT WRITING
12)  MAIL MERGE

Hasilnye....walau tak cantik...tapi ok la untuk dipandang..he3.....


Macam macam cara Tuhan nak uji kita kan??Ya allah berilah aku semangat untuk aku terus menjalani hidup ini dengan rahmat MU......

Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah.
Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.
Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.
Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,
Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa. Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !
Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.
Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.